Friday, May 21, 2010

penah x korang mimpi pelik2?gangguan ke?dan amalan surah yg wajib kita laksanakn..

kat sini fara nk share ngan korang smue pasal mimpi pelik2 gangguan dari syaitan atau jin serta amalan yg bleh dipraktikkn dalam kehidupan kita seharian..sama2 kita renungkan.. =)

Sakit ‘gangguan jin’ memang memeritkan. Datangnya tidak menentu. Namun, jika diamat-amati ternyata penyebabnya ialah nipisnya ‘benteng’ diri pesakit (walaupun bukan semua pesakit – maaf). Seandainya pesakit sudah disahkan sembuh, amalan-amalan kerohanian seumpama amalan fardu dan sunat (sunnah) amat perlu dititik-beratkan. Jika anda leka dan bermalas-malasan, maka bersiap siagalah dengan gangguan-gangguan mereka. Anda harus akur bahawa tubuh badan anda sudah bukan seperti insan normal lainnya. Di dalam badan anda sudah ada highway laluan mereka. Tutupi jalan-jalan tersebut dengan amalan-amalan agama.

Di sini saya perturunkan beberapa amalan yang perlu dilakukan oleh pesakit gangguan makluk halus/sihir yang disyorkan oleh ustaz Haji Abdul Malik Bin Haji Ladzim, iaitu anak murid Ustaz Walid Salam Bali, Mesir. Amalan-amalan ini bolehlah ditokok tambah atau disesuaikan dengan beberapa amalan yang pernah disyorkan di dalam forum ini.

AMALAN WAJIB PESAKIT


1. Solat berjemaah di masjid/surau
2. Sentiasa berwudhuk
3. Baca بـِسـْــم ِ اللهِ الرَّحـْــمـَـٰــن ِ الرَّحِــيم ِ dalam semua perbuatan dan pekerjaan
4. Amalkan selepas solat subuh 100 kali.

لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ اللـَّـهُ وَحـْــدَهُ لاَ شـَــر ِيــكَ لـَـهُ، لـَـهُ الـْـمُـلـْـكُ وَلـَـهُ الـْحـَمـْــدُ يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ وَهُــوَ عـَــلـَى كـُلّ ِشـَــيْءٍ قـَــدِيـرٌ

Nota: Perkataan يُحـْــيـِي وَيُـمـِــيتُ boleh disebut atau tidak (terpulang), tetapi hadith riwayat Bukhari tidak menyebut perkataan tersebut. Harap maklum.

5. Amalkan membaca al-Quran
- PAGI as-Soffat / Yassin
- PETANG ad-Dhukan / al-Jin
6. Denar CD Ruqyah Syariah sehari 3 kali (Wajib dengar dengan khusyuk).
7. Bergaul dengan orang-orang yang soleh.
8. Jangan sesekali mendengar muzik yang diharamkan syariat.
9. Sentiasa menutup aurat dengan sempurna.
10. Perbanyakkan ucapan istighfar 100 kali sehari atau lebih.
11. Jangan berburuk sangka dengan Allah سبحانه وتعالى dan sesama manusia.
12. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur.
- al-Fatihah
- al-Kursi
- Subhanallah 33 kali.
- Alhamdulillah 33 kali.
- Allahu Akbar 33 kali.
- Baca khawatim (penutup) surah al-Baqarah iaitu ayat 285-286 spt di bawah.


(285) Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

(286) Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

13. Baca ayat-ayat berikut ketika hendak tidur:
- al-ikhlas sekali.
- al-Falaq sekali.
- an-Nas sekali.
- KEMUDIAN DOA: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada kejahatan JIN dan Manusia”. Hembus / isyarat meludah ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh tubuh yang tercapai oleh tangan tanpa pengecualian. Lakukan seperti itu 3kali.
14. Amalkan bacaan surah al-Baqarah (seluruhnya) setiap 3 hari sekali.
15. Perbanyakkan selawat ke atas Rasulullah صلى الله عليه وسلم sekurang-kurangnya 100 kali sehari.

Himpunan amalan berikut adalah yang termudah dan paling pantas untuk melindungi diri dan rumah kita dari gangguan jin/syaitan.

Amalan berikut adalah dijamin ada hadithnya terutamanya 10 ayat daripada surah al-Baqarah, dan amalan Tasbih Nabi Yunus:

Diamalkan SETIAP PAGI dan SETIAP SELEPAS ASAR (nak amal lebih lagi bagus):


1. Al-Baqarah ayat 1-4, 255-257, 284-286 (Sila rujuk di ***1 di bawah, halaman 3 dan 4).
( anggaran 3 minit )
2. Salawat/Darood 50 kali – yang paling pendek ialah “ALLAH humma sali ‘ala Muhammad”

اللـَّــهـُــمَّ صـَــلّ ِ عـَــلـَــى مـُــحـَــمـّـَــدٍ


( anggaran 5 minit )
3. Tasbih Yunos 100x – sila rujuk Surah al-Anbiya 87 untuk Arabnya; sebutannya “LA ILAA HA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZOOLIMIIIIIIN”

لاَ إ ِلـَـٰــهَ إ ِلاَّ أ َنـْــت َ سـُــبـْــحَــانـَــكَ إ ِنـِّـى كـُــنـْــت ُ مـِــن َ الظـّـَالـِــمـِــيــن


( anggaran 10 minit )

InsyaAllah dengan melaburkan masa 20 minit setiap pagi atau setiap petang, kita akan rasa lebih tenang, dan seterusnya tinggi tumpuan kita kepada kerja dan amal.

Amalan tersebut, insyaAllah dapat melindungi diri daripada dimasukki jin; samada jin sihir atau jin tanam anggur.

Sekiranya jin memasuki tubuh badan kita, kita akan:
1. Rasa takut melihat cermin di waktu malam (sebab akan nampak satu muka lain yang gelap dan menakutkan).
2. Rasa malas lakukan kerja atau solat.
3. Rasa lenguh berat di leher atau di bahu.
4. Membuat kita rasa pening, migrain atau susah berfikir.
5. Rasa sakit tetapi doktor pun tidak tahu apa puncanya walhal macam2 test darah, test X-ray, MRI, CT-scan dijalankan.

Selain itu, amalan diatas insyaAllah dapat menghalang jin/syaitan daripada memasuki kediaman/rumah kita:

Sekiranya jin/syaitan dapat masuk, mereka akan:
1. Menyebabkan anak kecil menjerit malam-malam buta, selain takut melihat sesuatu yang kita tidak Nampak.
2. Menganggu rehat tidur kita kerana dada atau kepala kita akan rasa ditindih benda berat.
3. Duduk atau berdiri berdekatan kita menyebabkan kita rasa rimas seolah-olah ada sesuatu yang menakutkan berdekatan kita.
4. Membuat bising di rumah – ketuk pintu, bumbung, alih kerusi meja dan lain-lain.

Untuk mereka yang ada masa, cuba juga tambahkan amalan seperti membaca Surah al-Baqarah sekali atau Surah Yasin sekali atau tiga kali setiap hari.

pendinding dari gangguan syaitan :

sentiasa baca surah2 ini yer :

  • Al-Fatihah
  • Al-Baqarah 1-5, 102, 163-164, 255, 285-286
  • Al-Imran 18-19
  • Al-A'raf 54-56, 117-122
  • Yunus 81-82
  • Taha 69
  • Al-Mu'minun 115-118
  • As-Saffat 1-10
  • Al-Ahqaf 29-32
  • Ar-Rahman 33-36
  • Al-Hasyr 21-24
  • Al-Jinn 1-9
  • Al-Ikhlas
  • Al-Falah
  • An-Nas
menghindari gangguan makhlus halus/jin:

=> ucapkanlah almu'awwizat {sekurang-kurangnya a'udzubillahiminasyaitonirrajim}
Dari Anas RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengucapkan diwaktu pagi ucapan

[Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang terkutuk]
maka dia dilindungi dari gangguan syaitan syaitan yang direjam hingga ke petang" (HR Ibn Al-Sunni)
Dari Ibn Mas'ud, Rasulullah SAW bersabda; "Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah alBaqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya" (HR Al-Darami dan Baihaqi)
Dari Ibn Mas'ud, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda; "Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat alBaqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah alBaqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (HR Tabrani dan Hakim).
[Sepuluh ayat alBaqarah adalah ayat 1-5, 255-257 dan 285-286]
Bacalah 'Bismillah' dan doa ketika melakukan apa-apa pekerjaan (menuang air panas, melompat etc)... terutamanya di tempat yang jarang dikunjungi..

Baca 100x lepas subuh (berdasarkan hadith riawayat Abu Hurairah dalam Sahih Bukhari, Muslim, Tirmidzi, AdDa'awat)

[Tidak ada Tuhan selain Allah, Yang Maha Esa, tidak ada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan puji, dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.]
=> Bagi yang ada masalah gangguan makhluk halus, zikir ini mungkin akan menyebabkan bertambah sakit pada beberapa hari yang awal, atau terhalang disebabkan rasa mengantuk yang amat sangat, sesak nafas tapi teruskan amalan. Rasa sakit, sesak nafas dan mengantuk akan hilang insyaAllah.
Hadith riawayat Abu Hurairah bermaksud
"Barangsiapa yang membaca Hamim Al-Mukmin sampai firman 'ilaihil masir' dan ayat Kursi ketika pagi hari, maka dengan keduanya dia akan terpelihara sampai petang. Dan barangsiapa membaca keduanya ketika petang hari, dia akan terpelihara dengan keduanya sampai pagi" (HR Tirmidzi)
[Al-Mukmin juga dikenali Al-Ghafir. Yang dimaksudkan adalah ayat 1-3]
Zikir-zikir diatas terkandung dalam buku kecil Al-Makthurat (Imam Hassan AlBanna)
Mengusir dan mengazab menggunakan ayat al-Quran (Sh. M AlShayim)

Mengusir jin kafir 1

Mengazab 2

Surah ar-Ra’ad (seluruh)

Ayat al-Kursi (2:255)

Surah Yasin (seluruh)

Surah an-Nisa :167-173

Surah al-Shaffaat (seluruh)

Surah al-Maidah : 33-34

Surah ad-Dukhan (seluruh)

Surah al-Anfal : 12

Surah al-Jatsiyah (seluruh)

Surah al-Hijr : 16-18

Surah ar-Rahman (seluruh)

Surah al-Isra’ : 110-111

Surah al-Waqi’ah (seluruh)

Surah al-Anbiya’ : 70

Surah al-Hasyr : 21-24

Surah al-Hajj : 19-22

Surah al-Mulk (seluruh)

Surah an-Nur : 39

Surah al-Jin (seluruh)

Surah al-Furqan : 23

Surah al-Buruj (seluruh)

Surah al-Shaffat : 98

Surah al-Ghasyiyyah (seluruh)

Surah Ghafir : 78

Surah al-Zalzalah (seluruh)

Surah Fussilat : 44

Surah al-Qariah (seluruh)

Surah ad-Dukhan : 43-50

Surah al-Humazah (seluruh)

Surah al-Jatsiyyah : 7-8

Surah al-Kafirun

Surah al-Ahqaf : 29-34

Surah al-Ikhlas

Surah al-Rahman : 33-36

Surah al-Falaq


Surah an-Nas


1 Disamping pembacaan al-Quran di atas, mesti berada dalam keimanan dan tingkah laku yang islami. (Sheikh Muhammad al-Shayim)

2 Kadang-kadang syaitan masih bersikap angkuh berpura-pura tahan tapi tak akan bertahan lama. (Sheikh Muhammad al-Shayim)


p/s:diharap kita semua sentiasa la mendekatkn diri kepada ALLAH..

No comments:

Post a Comment